memula tu hantar la karya tu online kat sini...
Bley klik kat sini |
option2 lain plak, senang jerk hantarkan karya anda ke Publisher2 mcm kat bwh ni haaa
*Creative Enterprise Sdn. Bhd.*
Bt sementara ni,website die on repair.so,FB je la dl.. |
Antara butir-butir yang diperlukan dalam manuskrip kanak-kanak atau remaja ialah:
- Manuskrip hendaklah yang asli. Tidak diciplak atau diterjemah dari mana-mana buku.
- Manuskrip tersebut sesuai dibaca oleh remaja yang berumur 10 hingga 15 tahun.
- Tema bebas. Tetapi digalakkan menulis bertemakan ‘advanture’.
- Manuskrip tersebut haruslah menerapkan modal insan atau dapat memberi pengajaran kepada pembaca.
- Ketebalan halaman 250 hingga 300 muka surat.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Norhafida Daud di talian 03-22824970@ 016-3464018.
@ Kaki Novel@
tok kaki2 novel |
#NBKARA#
Syarat-syarat sebagai Penulis
Berusia 18 tahun ke atas. Penulis yang berusia 18 tahun ke bawah, mestilah mempunyai surat kebenaran dari penjaga.
Setiap pengarang dimestikan mempunyai stail penulisan sendiri yang tidak meniru gaya mana-mana penulis yang sedia ada (dengan erti kata sebenar, bukan penulis klon!).
Sedia belajar dan dengan rela hati menerima teguran ketika manuskrip di dalam proses untuk diterbitkan. Mahu memajukan diri dan sedia menerima tekanan.
Penulis boleh menggunakan nama samaran atau nama sendiri. tetapi pihak kami menggalakkan para penulis menggunakan nama sendiri.
Syarat-syarat Karya
Karya hendaklah asli.
Tidak meniru atau dengan erti kata sebenar menciplak daripada mana-mana bahan terbitan lain yang bukan daripada tulisan anda sendiri.
Bukannya disadur dari mana-mana bahan cetak atau sumber yang sedia ada.
Dilarang mengambil bahan terjemahan dari mana-mana terbitan atau dari mana-mana bahasa.
Pastikan setiap karya mempunyai ejaan yang betul dan pembinaan ayat mengikut standard yang seharusnya.
Karya tidak boleh melanggar atau mencabuli undang-undang negara seperti:-
Akta rahsia rasmi
Akta fitnah
Akta keselamatan dalam negeri
Akta hak cipta
Akta hasutan
Karya anda hendaklah dicetak di atas satu muka sahaja dengan menggunakan font Times New Roman bersaiz 12. Ditaip dengan melangkau dua baris. CD, Disket atau Thumbdrive hendaklah disertakan bersama dengan karya anda.
Karya tidak boleh difotostat. Pastikan setiap halaman mempunyai nombor dan dimasukkan ke dalam Arch File, Ring File atau ABBA File.
Perlu diingatkan, kami tidak menerima mana-mana karya yang menggunakan ganti nama diri pertama (aku, saya, I, me or myself). Anda mestilah menggunakan ganti nama diri ketiga kecuali di dalam dialog atau monolog.
Manuskrip untuk karya dewasa hendaklah setebal 450 mukasurat ke atas.
Manakala karya kana-kanak pula setebal 250 mukasurat ke atas.
Pembayaran Royalti
Karya yang diterbitkan akan menerima royalti sebanyak 14% dari harga inbois. Contoh royalti seperti di bawah:-
19.90-45% x jumlah buku yang terjual (conth 2,000naskah) x 14%=RM3,064.60.
Setiap penulis akan diberi wang pendahuluan sebanyak RM500 dan wang pendahuluan itu akan ditolak bagi pembayaran inbois yang pertama.
Lain-lain
1. Setiap penulis dimestikan menghantar gambar dan juga biodata untuk simpanan syarikat NB Kara Sdn Bhd dan juga sebagai rujukan jika perlu.
2. Manuskrip hendaklah dihantar ke alamat berikut :
NB Kara Sdn. Bhd.
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Taman Prima Saujana,
43000, Kajang,
Selangor.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian :
03-8736 4025. 03-87364028
Fax 03-87364020
itu je la yg dapat di kongsi bersama...
"SHARING IS CARING"
#sumber dari penulisan2u.net
No comments:
Post a Comment